Huawei Malaysia Menjadualkan Pelancaran Sejumlah Produk Baru Pada 20 April

Diterbitkan pada Apr 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei kini mula mengacahkan kehadiran produk baharu buat pengguna di Malaysia. Dikenali sebagai HUAWEI Smart Office Launch, acara pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada 20 April 2022.

Melihat pada perkongsian, poster acah yang dimuat-naik menerusi Facebook rasmi memberi banyakan bahawa akan terdapatnya lebih daripada satu produk yang bakal diumumkan. Tapi sayangnya, ia tidak pula mendedahkan setiap satu daripadanya secara khusus.

Namun melihat kepada pelancaran “Huawei Smart Office” sebelum ini, antara produk yang telah dilancarkan pada peringkat global adalah termasuk Huawei MateBook X Pro 2022, Huawei MateBook E, Huawei PixaLab X1, Huawei MateStation X, Huawei MatePad Paper, Huawei MatePad dan Huawei Sound Joy. Seperti biasa, bagi melihat penawaran penuh yang bakal dibawakan oleh Huawei Malaysia kelak, sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami