Cari @ Amanz

Apple Fitness+ telah menambah senarai senaman yang boleh dilakukan oleh kaum ibu selepas bersalin. Dengan senarai ini senaman ini, para ibu boleh melakukan aktiviti yang selamat untuk tubuh mereka akan mengembalikan saiz tubuh ke sebelum mereka mengandung.

Dengan itu ibu akan mempunyai tubuh yang lebih sihat untuk menjaga bayi bagi menempuhi keperluan tanggungjawab membesarkan anak dengan lebih baik. Antara senaman yang diberikan ialah menguatkan lantai pelvik yang mengakibatkan isu kepada sebahagian wanita selepas bersalin. Bagi pengguna di Malaysia Apple Fitness+ boleh dilanggan pada harga RM19.90 atau berkas Apple One pada harga RM69.90 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd