Sudah hampir sedekad Android berhenti menggunakan aplikasi 32-bit dan menggunakan versi 64-bit. Walaupun cip pemprosesan peranti majoriti sekarang adalah 64-bit, ia masih memberi sokongan untuk menjalankan aplikasi 32-bit.
Akan datang, Google akan melakukan kemaskini kepada Android untuk memberi amaran kepada pengguna jika aplikasi 32-bit dijalankan. Amaran ini akan mengarahkan pengguna semak kemaskini aplikasi sama ada, ada versi baharu ataupun terus hubungi pembangun untuk bantuan lanjut.

Masih tidak jelas juga, jika amaran ini adalah berasaskan versi sistem operasi Android atau Google boleh lakukan semakan melalui Play Protect sahaja. Dengan ARM akan menghentikan sokongan 32-bit pada tahun ini (rancangan awal), kita mungkin akan lihat cip pemprosesan baharu dan kemaskini Android yang hanya akan menyokong aplikasi 64-bit.
Ini juga akan memudahkan pembangun, untuk tidak lagi menyertakan sokongan 32-bit dan boleh menjimatkan masa dalam pembangunan aplikasi serta pengedaran kemaskini di masa akan datang.