ARM Menghentikan Sokongan 32-Bit Bermula 2022

ARM Menghentikan Sokongan 32-Bit Bermula 2022

Diterbitkan pada Okt 9, 2020 oleh .

Era aplikasi 32-bit pada peranti pintar akan berakhir pada tahun 2021. Ini adalah kerana ARM telah berkongsi latar masa untuk CPU yang akan mereka lancarkan menjelang tahun tersebut dan kesemuanya tidak lagi akan menyokong sistem.

Cip dengan nama kod Matterhorn dan Makalu akan dilancarkan pada tahun 2021 dan 2022. Ini adalah cip yang akan menggantikan Cortex A78 dan X1 yang diumumkan tahun ini. Makalu akan menjadi CPU pertama mereka yang akan hanya menyokong sistem operasi 64-bit. Peralihan ke 64-bit ini adalah bagi meningkatkan prestasi cip yang dihasilkan.

ARM meramalkan Makalu kelak akan memberikan peningkatan prestasi CPU sehingga 30% berbanding A78 yang akan digunakan pada Snapdragon 875 kelak. Kepada pengguna mereka tidak perlu risau tentang peralihan ini kerana Android telah mewajibkan aplikasi menyokong 64-bit bermula Ogos 2021. Pada iOS pula telah menghentikan sokongan aplikasi 32-bit sejak 2017.



TIPS & ULASAN