AirPods Pro 2 Mungkin Hadir Pada Separuh Kedua 2022

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penganalisa Ming-Chi Kuo hari ini menghantar ciapan mengatakan AirPods Pro baharu akan tiba hanya pada separuh tahun kedua 2022. Apabila dilancarkan kelak, Apple akan menghentikan terus jualan AirPods Pro generasi pertama. Ini adalah kerana menurut Kuo, keputusan untuk tidak menghentikan jualan AirPod Gen2 menyebabkan jualan AirPods Gen3 lebih rendah dari jangkaan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple telah mengurangkan pengeluaran AirPods sehingga 30% pada suku seterusnya kerana sambutan lebih rendah yang tidak dibantu oleh konflik di Ukraine dan Covid-19. AirPods Pro adalah antara TWS popular di pasaran. Selain peningkatan kualiti audio, Apple dipercayai akan cuba menawarkan sokongan audio nirhilang sebenar pada AirPods Pro baharu.

komen


© Amanz / 2022 Kami