Oppo Dilaporkan Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Sendiri Pada Tahun 2024

Diterbitkan pada Apr 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini Oppo mengorak setapak lagi ke hadapan ke arah menjadi lebih kendiri dengan pengeluaran cip pemproses imej MariSilcon X yang digunakan pada siri X5 mereka. Dalam masa terdekat mereka akan mengikuti langkah Samsung, Apple dan Huawei dengan mengeluarkan cip pemprosesan (SOC) sendiri.

Untuk menghasilkan SOC ini, mereka akan mengeluarkan cip pemprosesan aplikasi (AP) terlebih dahulu menggunakan teknologi 6nm TSMC. Kemudian pada tahun 2024 mereka terus menghasilkan SOC menggunakan teknologi 4nm TSMC.

Pada awalnya cip keluaran sendiri Oppo tidak dijangka akan mampu menandingi prestasi cip Qualcomm dan MediaTek. Tetapi ini tidak mengapa kerana cip rekan sendiri ini akan digunakan pada prestasi kelas pertengahan terlebih dahulu bagi mengurangkan kos.

komen


© Amanz / 2022 Kami