Carian
Mark Zuckerberg Memperlihatkan Ruang Bekerja Dari Rumah Dalam Metamesta
April 7, 2022 Effi Saharudin

Bekerja dari rumah sudah menjadi norma baharu walaupun dunia sudah kembali dibuka kerana fasa endemik. Bagi mereka yang belum pulang ke pejabat, ruang kerja di rumah mungkin tidak begitu kondusif untuk produktif. Oleh itu mungkin ruang kerja metamesta telah diwujudkan oleh Meta di dalam Horizon Worlds.

Mark Zuckerberg telah berkongsi ruang pejabat maya dalam metamesta yang akan hadir menerusi kemas kini Quest V39. Ruang ni berbentuk heksagon dengan terdapat tingkap menunjukkan pemandangan gunung. Terdapat meja kerja dan juga tempat santai lengkap dengan bantal dalam ruang yang sama. Kualiti grafik adalah lebih tinggi berbanding pejabat maya di dalam Horizon Workrooms yang diperlihatkan Ogos tahun lalu.

Menurut Zuckerberg, pengguna ruang boleh melakukan panggilan Messenger, membaca emel, dan melakukan pelbagai kerja lain dengan ia boleh dikustomasi oleh pengguna mengikut selera peribadi. Beliau membayangkan pekerja di masa hadapan menggunakan ruang kerja metamesta ini dengan set realiti maya sebagai ganti komputer di mana juga mereka berada.

Komen