Ciri memberi reaksi menggunakan emoji ini mula digunakan oleh Apple melalui iMessage. Ia kemudian menjadi meluas kepada banyak platform media sosial selepas Facebook memberi pilihan reaksi berbanding terhad kepada Like untuk siaran yang diterbitkan. Kini Instagram ada, WhatsApp ada, Google Message siap boleh berinteraksi dengan pengguna iMessage lagi bersama reaksi ini dan banyak lagi.
Google baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini untuk perkhidmatan mencipta dokumen mereka, Google Doc. Kemaskini ini membawakan sokongan Emoji 14.0 yang terkini yang lebih mengikut identiti pengguna. Setiap emoji juga ada jantina, warna kulit dan banyak lagi yang boleh padan dengan diri masing-masing.

Apa yang menarik dengan kemaskini adalah, pengguna turu boleh memberi reaksi emoji dalam dokumen Google Doc. Pada bahagian memberi komen untuk memberi maklum balas terhadap dokumen, akan terdapat pilihan ikon emoji yang banyak untuk pengguna memberi reaksi. Ini bermakna jika anda sukakan judul dokumen, marah kerana format perenggan salah atau ejaan salah – highlight yang ingin diberi reaksi dan pilih sahaja emoji. Ia adalah cara meluahkan pendapat dan perasaan kurang formal berbanding sebelum ini terhad dengan teks sahaja.
Ciri ini turut diintegrasikan dalam Google Chat. Ciri ini boleh digunakan oleh semua pengguna Google bermula 5 April dan berperingkat sehingga 20 April akan datang.