Cari @ Amanz

Sejak kebelakangan ini, Google dilihat kurang berpuas hati dengan Apple. Baru-baru ini mereka berasa iri hati dengan Apple atas kejayaan iPad dan berhasrat untuk fokus dengan pasaran tablet Android. Tetapi yang paling kecoh sebelum ini adalah, Apple yang enggan menyertakan sokongan sistem permesejan RCS – iaitu sistem SMS menggunakan Internet seakan iMessage.

Apple sehingga hari ini masih akan kekal dengan keputusan mereka untuk menjadikan iMessage sebagai satu sistem tertutup. Namun bagi yang tidak tahu, pengguna Apple boleh sahaja menghantar SMS atau ‘mesej’ kepada pengguna Android. Cuma ia akan tolak baki kredit pengguna yang sudah ditambah nilai menjadi SMS biasa dan sesetengah pengguna akan menerima mesej tambahan yang pengguna iMessage telah menghantar reaksi pada pengguna Android.

Terkini, pengguna Google Message tidak lagi perlu lihat mesej tambahan tersebut. Kerana Google mula menguji kemampuan menerima reaksi iMessage sebenar apabila dihantar oleh mereka yang menggunakan aplikasi permesejan.

Ciri ini dilihat hanya hadir dalam versi beta Google Message versi 20220121_02_RC00. Masih tidak pasti bilakah pengguna dapat mencubanya, tetapi ia dijangka akan tidba dalam versi stabil akan datang. Google Message juga pernah menguji ciri reaksi untuk SMS dan RCS, namun cubaan saya ia masih belum boleh lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd