Partikel Plastik Ditemukan Dalam Paru-Paru Manusia Hidup Buat Pertama Kali

Diterbitkan pada Apr 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apakah ciptaan manusia yang paling meninggalkan impak besar terhadap alam sekitar? Ada yang mengatakan plumbum dalam minyak dan ada juga mengatakan ia CFC. Kedua-duanya dicipta oleh Thomas Midgley, Jr. Tetapi satu ciptaan manusia yang kini mungkin lebih berbahaya ialah plastik. Penyelidik dari University of Hull telah menemukan plastik mikro pada paru-paru manusia hidup buat pertama kali.

Dalam kajian ke atas 13 sampel paru-paru yang diambil, plastik mikro ditemukan pada 11 sampel. Plastik adalah dari jenis yang biasanya digunakan pada bungkusan, botol dan pakaian. Yang merisaukan ialah plastik ditemukan pada bahagian bawah paru-paru yang selama ini difikirkan selamat kerana sistem penapis yang wujud dalam tubuh manusia.

Impak plastik mikro dalam tubuh manusia masih belum lagi diketahui kerana tidak banyak kajian dilakukan. Hanya beberapa minggu lalu plastik mikro ditemukan dalam darah manusia buat pertama kali. Mungkinkah kelak pemakaian pelitup muka menjadi perlu bagi mengelakkan plastik mikro memasuki tubuh dan bukan lagi menghalang Covid semata-mata.

komen


© Amanz / 2022 Kami