Carian
Samsung Galaxy M53 5G Kini Rasmi Dengan Dimensity 900 Dan Kamera 108MP
April 8, 2022 Effi Saharudin

Samsung Galaxy M53 5G akhirnya dilancarkan di India dan ia bolehlah dikatakan sebagai Galaxy A73 yang lebih mampu milik. Peranti ini dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 900, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan 25W. Perubahan dilakukan pada pemproses yang kini MediaTek dan bukan Snapdragon 778G seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Kamera utama menggabungkan sensor 108MP f/1.8, 8MP ultra sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP pengesan kedalaman. Di hadapan pula sensor 32MP digunakan pada kamera swafoto. Perbezaan paling ketara antara M53 dan A73 ialah pada M53 kamera utama tidak lagi hadir dengan sistem penstabilan imej optikal (OIS) serta konfigurasi kamera kita adalah dalam bonggol segi empat sama.

Peranti masih lagi menggunakan panel polikarbonat di bahagian belakang dan pengimbas cap jari kini diubah ke sisi kanan terbina pada butang kuasa. Sistem operasi One UI 4.1 digunakan berasaskan Android 12. Harga jualan belum diumumkan tetapi hadir dalam warna biru, hijau dan coklat.

Komen