Ini Adalah Rekaan Untuk Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire

Diterbitkan pada Apr 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme 9 Pro+ merupakan sebuah peranti 5G dengan janaan cip MediaTek Dimensity 920. Ia ditawarkan dalam beberapa pilihan warna seperti Sunrise Blue dan Aarora Green. Namun begitu, jikalau perasan Realme turut mengacah kehadiran edisi terhad untuk peranti tesebut. Melaluinya, ia bakal hadir dengan kemasan yang bertemakan permainan berjenis battle royal terkenal iaitu Garena FreeFire.

Mengulas lebih lanjut mengenainya, sehingga kini tiada sebarang butiran lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi yang dikongsi. Namun begitu, rekaannya telah diperlihatkan terlebih dahulu menerusi beberapa imej lakaran tular. Seperti yang boleh dilihat, peranti kelak akan mempunyai rekaan yang berbeza dengan model sedia ada.

Perubahan paling besar yang boleh dilihat adalah pada modul kamera utama. Turut kelihatan, terdapatnya perkataan ‘Booyah’ padanya yang sinonim istilah yang sering digunakan dalam permainan berkenaan yang melambangkan tanda kemenangan. Seterusnya, penjenamaan Realme turut telah diubah dan diletakkan pada bahagian tengah panel belakang. Kemudiannya diikuti oleh logo FreeFire pada bahagian bawah. Tidak ketinggalan, terdapat juga beberapa elemen rekaan baharu yang digunakan pada panel belakang peranti ini.

Maklumat lanjut mengenai spesifikasi peranti yang bakal ditawarkan masih tidak didedahkan. Namun, kita boleh menjangkakan ia masih kekal sama seperti versi sedia ada.

Sumber : GSMArena

komen


© Amanz / 2022 Kami