Asus Tawar Hadiah Bernilai RM4799 Bagi Anda Yang Mencipta Karya Kreatif Guna ProArt

Diterbitkan pada Apr 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ASUS Malaysia baru-baru ini hadir dengan sebuah promosi di sejumlah kedai rasmi mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dimana anda boleh mencuba siri komputer riba siri OLED dan juga ProArt keluaran mereka, dan berpeluang untuk memenangi sebuah komputer riba ASUS VivoBook Pro 15 OLED yang berharga RM4799.

Penyertaan untuk promosi ini cukup mudah sekali. Anda hanya perlu ke salah satu daripada lokasi-lokasi kedai ASUS Malaysia yang tersenarai, dan menggunakan komputer-komputer riba OLED dan ProArt mereka untuk mencipta satu karya kreatif, dimana mereka hanya perlu tag ASUS Malaysia di Facebook dan Instagram untuk berpeluang memenangi komputer riba tersebut.

Setiap kedai ASUS yang terlibat dengan promosi ini akan hadir dengan satu kod QR yang boleh diimbas oleh pengguna untuk menghantar pautan-pautan media sosial ini kepada ASUS Malaysia untuk berpeluang dipilih sebagai pemenang.

Setiap individu yang menyertai promosi ini yang bermula dari 25 Mac hingga 30 Jun 2022 ini juga akan memenangi sebuah botol air vakum ASUS yang bernilai RM50. Pemenang yang dipilih oleh ASUS Malaysia akan diumumkan oleh syarikat tersebut pada 7 Julai 2022.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini, anda boleh ke laman web ASUS Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami