Carian
Tesla Mungkin Memulakan Pengeluaran Robot Manusia Seawal 2023
April 9, 2022 Aman

Tesla sebelum ini telah memperlihatkan robot berbentuk manusia mereka pada tahun lepas, dan menyasarkan ia untuk digunakan bagi melakukan sejumlah tugasan berulang yang tidak ingin dilakukan manusia.

Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk mengatakan Tesla mungkin memulakan pengeluaran robot berbentuk manusia dinamakan Optimus ini seawal tahun hadapan.

Sebelum ini, Optimus telah diperkenalkan sebagai Tesla Bot pada tahun lepas. Dengan pengeluaran robot sendiri ini, ia sekaligus mungkin menjadi perniagaan yang lebih besar berbanding kenderaan elektrik mereka.

Apa pun, buat masa ini, ramai masih skeptikal berkenaan penawaran robot daripada Tesla ini. Buat masa ini, Tesla masih menghadapi cabaran dalam melengkapkan penawaran pemanduan automatik mereka. Dengan kesukaran Tesla melengkapkan proses pemanduan sendiri, ia kini menjadi persoalan berkenaan bagaimana ia akan menyelesaikan pengoperasian robot sepenuhnya yang melakukan beberapa tugasan seumpama manusia.

Pada masa yang sama, Elon Musk turut terkenal dengan menjanjikan beberapa tarikh, tetapi tidak dapat mencapainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan robot Optimus ini.

Komen