Carian
Lagi Rekaan Vivo X Fold Tertiris
April 9, 2022 Effi Saharudin

Vivo X Fold akan dilancarkan minggu depan dan dengan tarikh semakin hampir, pelbagai maklumat mengenai mula tertiris ke arena web. Pagi ini lebih banyak imej pengolokan rasmi X Fold telah didedahkan oleh laman MySmartPrice.

Gambar menunjukkan imej peranti dalam kedudukan dilipat dan menarik di sini ialah rekaan engselnya yang nipis jika dibandingkan dengan Galaxy Z Fold. Panel hadapan mempunyai lubang kamera dengan bezel yag nipis. Sistem kuad kamera dapat dilihat dengan jelas di dalam bonggol empat segi yang besar.

Skrin lipat peranti pula mempunyai satu lubang kamera dan bukannya dari jenis bawah skrin. Bezel besar skrin bertindak sebagai lapisan pelindung dari kerosakan skrin sama seperti Galaxy Z Fold asal. Semakin banyak peranti skrin boleh-lipat mula memasuki pasaran. Hanya masa akan menentukan sama ada ia dapat menandingi kemampuan Galaxy Z Fold.

Komen