Apple Akan Melancarkan Pengecas 35W Dengan Dwi-Port USB-C
April 9, 2022
Apple
Effi Saharudin
Apple selama ini hanya mengeluarkan pengecas dengan hanya satu sambungan wayar sahaja. Tetapi menurut laporan 9to5Mac, mereka kelak akan melancarkan pengecas 35W dengan dua port USB-C. Dokumen sokongan untuk pengecas yang belum dilancarkan ini telah diterbitkan oleh Apple tetapi kemudiannya ditarik.

Dengan pengecas 35W ini, pemilik boleh menggunakan sebuah MagSafe Duo dan pengecas USB-C biasa secara terus. Seperti kesemua aksesori pengecas Apple sebelum ini, ia menggunakan protokol pegecasan USB PD. Tidak diketahui lagi sama ada teknologi GaN digunakan seperti beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini.
[sumber] Sumber – 9to5Mac [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.