CIMB Disaman Kelompok RM650 Juta Oleh Pelanggan Akibat Insiden Akaun Dibekukan

Diterbitkan pada Apr 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Januari lalu CIMB secara mengejut membekukan akaun beberapa pelanggan mereka kerana kesilapan mendebitkan sejumlah wang. Ia tular di media sosial kerana akaun tidak boleh diakses akibatnya proses mengeluarkan wang dan pembayaran keperluan harian pelanggan ini terjejas teruk. CIMB telah mengeluarkan kenyataan ia adalah kerana kesilapan pemprosesan urusniaga yang hanya melibatkan sebilangan kecil pelanggan.

CIMB Glitch

CIMB kemudiannya disaman kelompok oleh 12 pelanggan kerana kesilapan ini dan semalam sebuah lagi saman kelompok difailkan dengan permintaan bayaran ganti rugi RM650 juta. Menurut laporan  FMT bayaran ganti rugi sekitar RM1 juta untuk setiap pelanggan yang terkesan diminta bersama dengan arahan akaun mereka kemudiannya ditutup 7 hari selepas keputusan dicapai.

Menurut writ saman yang difailkan, tindakan CIMB membekukan akaun pelanggan secara mengejut atas kesilapan mereka sendiri melanggar kontrak serta tidak mematuhi aturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Lanjutan daripadanya, kini pihak CIMB turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini kepada kami. Menurut CIMB, sebagai langkah pemulihan, CIMB telah menggunakan hak kontraktual dan perundangan miliknya dalam mendebit akaun beberapa pelanggan yang mana tidak memberikan respon atau berurusan dengan bank – sama ada terus atau melalui peguam, walaupun telah dicuba oleh bank untuk beberapa kali. Bank seterusnya telah melakukan langkah mendebit amaun yang telah silap dikredit, hanya selepas memberikan notis kepada pelanggan berkaitan.

Semua langkah pemulihan telah diambil berdasarkan kepada piawaian pengurusan, dan selepas tempoh notis dan notifikasi. CIMB mengatakan kekal komited dalam memastikan penyelesaian yang terurus dan adil, dan akan terus menghubungi dan berurusan dengan semua pelanggan yang terkesan dengan penerimaan kredit berganda. Untuk perkara yang melibatkan kepada tindakan undang-undang, CIMB akan membiarkan ia untuk proses perundangan mahkamah.

komen


© Amanz / 2022 Kami