China Memulakan Pemeriksaan Ke Atas Algoritma Yang Digunakan Syarikat Teknologi

Diterbitkan pada Apr 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) menerbitkan garis panduan awal bagi mengawal pengguna algoritma oleh syarikat teknologi bagi memastikan keselamatan pengguna dan negara. Antara yang tidak dibenarkan ialah algoritma yang mengakibatkan ketagihan pada laman edagang serta penggunaannya pada perkhidmatan penghantaran makanan yang menzalimi pemandu.

TikTok

Semalam CAC mengumumkan mereka akan memulakan pemeriksa di premis syarikat-syarikat teknologi di China bagi memastikan algoritma yang berbahaya pada produk tidak digunakan. Syarikat-syarikat kemudiannya perlu menyerahkan pelbagai perkhidmatan untuk disemak oleh pihak CAC.

China mula mengetatkan kawalan ke atas syarikat teknologi sejak 2020. Antara yang telah diperkenalkan ialah memaksa syarikat seperti Tencent untuk memperkenalkan had waktu permainan oleh pengguna kanak-kanak, memastikan aplikasi ekonomi gig menawarkan gaji minima dan mengatakan amalan kerja 996 melanggar hak pekerja.

komen


© Amanz / 2022 Kami