Sony Xperia 1 IV Mungkin Membawakan Tanda Harga Lebih Tinggi Berbanding Sebelum Ini

Diterbitkan pada Apr 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony sedia menawarkan peranti pada harga premium – jauh lebih tinggi berbanding dengan pesaing mereka. Xperia 1 III sendiri sebelum ini telah ditawarkan pada harga mencapai RM5799.

Terbaru, Sony dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baharu untuk siri berkenaan, iaitu Xperia 1 IV. Beberapa gambar sedia tertiris, dan kini maklumat tambahan turut hadir ke arena web.

Ia kini diperkatakan, Sony mungkin menyertakan cip Snapdragon 1 Gen 8 Plus, disamping melengkapkan ia dengan berkemungkinan kamera 48-megapixel. Perkara ini bersama-sama sejumlah peningkatan lain dijangka akan membawa kepada peningkatan harga jualan telefon pintar berkenaan.

Mengikut desas-desus, model asas dengan storan 256GB dijangka akan ditawarkan pada harga 8999 Yuan di China (~RM5900), sementara model 512GB pada harga 9999 Yuan (~RM6600).

Apa pun, buat masa ini, ia sekadar desas-desus dan spekulasi awal sahaja. Sama-sama kita nantikan pengenalan peranti ini secara rasminya tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami