Carian
Facebook Batalkan Penggunaan Cip Tersendiri Pada Kaca Mata Akan Datang
April 10, 2022 Aman

Facebook atau Meta telah sedia memperkenalkan kaca mata Ray-Ban Smart sebelum ini, dan kini dalam pembanguan kaca mata generasi seterusnya.

Pada awalnya, Facebook menyasarkan untuk menggunakan cip yang direka sendiri pada produk akan datang mereka. Seperti semua sedia maklum, penggunaan cip sendiri memberikan lebih kawalan berkenaan apa yang akan disertakan, termasuk sokongan dan latar masa pembangunan produk tersebut sendiri.

Apa pun, ia dilihat kini menghadapi cabaran, dan memerlukan lebih masa untuk pembangunan cip tersebut.

Disebabkan itu, Facebook dijangka kekal menggunakan cip Qualcomm pada kaca mata akan datang mereka. Pada hari ini, beberapa produk Facebook dijana cip Qualcomm, dan perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai.

Namun, pada masa yang sama, Facebook sendiri masih kekal aktif dalam pembangunan cip mereka, yang mungkin kita akan turut lihat pada jam tangan pintar akan datang.

Komen