Carian
Elon Musk – Kesemua Pengguna Twitter Blue Harus Diberikan Calit Pengesahan Identiti
April 11, 2022 Effi Saharudin

Isu terbesar Twitter ialah proses pengesahan identiti pemilik akaun adalah kompleks dengan kriteria yang agak aneh. Sebagai contoh akaun saya enggan diberikan calit verified oleh Twitter kerana akaun Amanz masih belum memohon untuk mendapatkan calit yang sama. Elon Musk yang kini pemegang saham terbesar Twitter dan dilantik menjadi lembaga pengarah mempunyai beberapa idea menarik untuk pelanggan Twitter Blue.

https://twitter.com/elonmusk/status/1512946176244473863

Beliau menyarankan kesemua pelanggan Twitter Blue diberikan calit pengesahan identiti secara lalai. Sungguhpun begitu menurut beliau tanda calit ini berbeza dari yang diberikan kepada selebriti atau akaun rasmi yang digunakan negara, jabatan kerajaan atau syarikat.

Tambah Musk lagi pelanggan Twitter Blue juga akan bebas dari sebarang paparan pengiklanan yang sejak akhir-akhir ini semakin meningkat pada susur masa. Kesemua ini hanya sekadar saranan tetapi sebagai antara pengguna Twitter paling berprofil tinggi kesemuanya akan diambil lebih serius berbanding permintaan pengguna biasa.

Komen