Carian
Vivo X Fold Dan X Note Mempunyai Suis Notifikasi Fizikal Seakan OnePlus
April 11, 2022 Effi Saharudin

Hanya beberapa bulan yang lalu kami melaporkan Realme akan meminjam ciri suis mematikan notifikasi fizikal seakan peranti OnePlus. Tetapi malam ini nampaknya ciri ini akhirnya dipinjamkan terlebih dahulu kepada peranti Vivo X Fold dan X Note.

Kedua-dua peranti mercu ini mempunyai suis ini ada sisi kiri peranti sama seperti yang digunakan pada OnePlus. Berdasarkan gambar suis hanya boleh digerakkan ke dua posisi sahaja iaitu notifikasi aktif dan notifikasi dibisukan berbeza dengan peranti OnePlus yang suis boleh diletakkan ke tiga kedudukan iaitu dibisukan, bergegar dan berdering.

Komen