Cari @ Amanz

Infinix Hot 11 (2022) Bakal Dilengkapi Bateri 5000mAh – Pelancaran Pada 15 April

Link Copied!

Infinix kini dalam perancangan untuk mengemaskini barisan peranti pintarnya. Melaluinya, Infinix Hot 11 (2022) bakal diperkenalkan di India pada 15 April 2022. Peranti pintar ini juga sedia di acah menerusi Flipkart dengan beberapa butiran yang memfokuskan terhadap skrin lebih baik.

Di samping itu, ia juga menampilkan rekaan fizikal yang berbeza dengan model sebelum ini. Rekaan tubuh kini berkotak dengan sisi yang melengkung seumpama siri Redmi 11. Perubahan kamera turut boleh dilihat menerusi susunan sensor yang kini berbentuk L dan panel hadapan pula sejenis berlubang pada bahagian tengah.

Sokongan pengimbas cap jari fizikal di sisi turut boleh dilihat pada sisi kanan. Kemudian, ia turut diikuti dengan butang laras audio di atasnya. Infinix Hot 11 (2022) bakal dilengkapi bateri 5,000mAh yang boleh di cas menerusi port sambungan USB-C. Tiada informasi lanjut mengenai spesifikasi pada peranti. Ia bakal diketahui selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

Sumber : Flipkart India

Komen ()