Baru sahaja dilancarkan di India, kini Realme dalam perancangan untuk membawakan ke pasaran Malaysia pula. Peranti yang dimaksudkan adalah Realme 9 4G yang lengkap dengan sistem kamera bersama sensor Samsung HM6 sebesar 108 Megapixel. Acara pelancaran bakal diadakan secara atas talian menerusi Facebook rasmi Realme Malaysia pada 20 April 2022.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang dikongsi. Namun, sekiranya ia menggunakan variasi yang sama seperti di India. Peranti kelak bakal hadir dengan skrin AMOLED sebesar 6.4-inci FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W Dart Charge.

Sistem tri-kamera utama di belakang terdiri dengan sensor 108MP (Samsung HM6 Sensor) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro). Sementara itu, kamera hadapan adalah sebesar 16MP. Seperti biasa, sama sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat penawaran penuh pada peranti, termasuklah mengenai harga jualan rasminya.