Nokia Akhirnya Menarik Diri Dari Pasaran Rusia

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perang di Ukraine sudah berlarutan hampir dua bulan dengan bukti pembunuhan ke atas rakyat awal telah ditemukan di beberapa lokasi selepas askar Rusia menarik diri. Dengan kecaman dunia semakin meningkat, Nokia akhirnya mengumumkan penarikan produk dari pasaran Rusia.

Nokia agak lambat mengikuti langkah Samsung dan Apple yang sejak dari awal konflik menghentikan operasi di negara tersebut. Mereka dijangka tidak akan mengalami sebarang kerugian besar kerana penarikan diri ini memandangkan Rusia hanya menyumbang 2% jualan pada tahun 2021. Dengan peranti dari negara Barat tidak lagi dipasarkan, kekosongan ini akan diisi oleh peranti dari negara lain seperti China yang masih enggan mengenakan sekatan ekonomi.

komen


© Amanz / 2022 Kami