Carian
Samsung Menghentikan Penghantaran Telefon Dan Cip Ke Rusia
March 5, 2022 Aman

Samsung sedia mempunyai pegangan pasaran sekitar 30% di Rusia, dan ia menyumbang kepada pendapatan sebanyak 4% secara global. Namun, kini disebabkan peperangan yang berlaku melibatkan Rusia menyerang Ukraine, Samsung kini turut mengambil-langkah dalam menghentikan penghantaran produk mereka ke negara tersebut.

Dengan langkah ini, Samsung telah menghentikan penghantaran telefon dan cip ke pasaran Rusia.

Ini sekaligus membuatkan Samsung menyertai pengeluar lain seperti Apple dan Microsoft dalam menghentikan jualan ke pasaran tersebut.

Samsung mengatakan mereka sedang menilai dan memantau secara aktif situasi yang sedang berlaku di sana.

Komen