AirAsia Dijangka Perkenal Perkhidmatan Teksi-Terbang Seawal 2025

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirAsia pada awal tahun ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Avolon dalam mendapatkan kenderaan berbentuk teksi-terbang, iaitu VX4.

Lanjutan daripadanya, kini ia dilaporkan yang mana mesyuarat pertama melibatkan perkara berkenaan dijangka diadakan pada bulan ini, dengan sasaran untuk menghantar VX4 yang ditempah seawal 2025 kelak. Ini sekaligus memberikan gambaran yang mana pihak AirAsia akan melancarkan perkhidmatan teksi-terbang dalam tempoh sama.

eVTOL VX4 membolehkan seramai empat orang penumpang menaikinya, dengan jarak penerbangan sekitar 160 kilometer, dan kelajuan mencapai 320 kilometer per jam. 

Dengan adanya teksi-terbang, ia dijangka akan membolehkan orang ramai menggunakannya untuk bergerak dari KLIA ke bandar Kuala Lumpur dalam masa hanya 17 minit sahaja. Dari segi bayaran, ia dijangka akan berharga kurang daripada $50 sekepala (~RM211).

Apa pun, untuk memperkenalkan perkhidmatan berkenaan pelbagai perkara lain perlu diambil kira – termasuk pengesahan daripada pihak berkuasa, disamping pusat-pusat berhenti kenderaan terbang berkenaan.

Sumber : Nikkei

komen


© Amanz / 2022 Kami