Rekaan Pengecas Apple 35W Dengan Dwi USB-C Tertiris

Diterbitkan pada Apr 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple tidak pernah mengeluarkan pengecas dengan dwi-port USB-C. Oleh itu pengguna perlu mencari aksesori yang dikeluarkan pihak ketiga jika ini yang mereka inginkan. Minggu lalu kami terbitkan laporan pengecas ini dengan kuasa 35W akan dilancarkan dan kini rekaannya telah ditiriskan oleh ChargerLab.

Rekebentuknya sama seperti kepala pegecas 20W sedia ada tetapi dengan dua port USB-C diletakkan pada muka yang sama. Model yang tertiris adalah yang digunakan untuk pasaran Amerika Utara dengan dua pin bersaiz nipis. Tidak diketahui bilakah pengecas ini akan dipasarkan tetapi mungkin selepas iPhone 14 dijual.

komen


© Amanz / 2022 Kami