DuckDuckGo Memperkenalkan Pelayar Web Untuk Mac Dalam Bentuk Beta
Aman
DuckDuckGo merupakan salah satu perkhidmatan berbentuk enjin carian yang memfokuskan privasi. Namun, kebelakangan ini, mereka turut telah memperluaskan perkhidmatan meliputi melindungi alamat emel.
Terbaru, hari ini mereka turut telah melancarkan pelayar web desktop tersendiri untuk pengguna Mac – tetapi masih dalam bentuk beta.

Pelayar web DuckDuckGo ini mengekalkan fokus terhadap privasi, dan turut menghalang pelbagai penjejak yang memantau pelayaran web anda.
DuckDuckGo untuk Mac turut hadir dengan butang mudah yang boleh diklik untuk memadam pelbagai data. DuckDuckGo menggunakan enjin WebKit, dan dikatakan beroperasi lebih pantas berbanding Google Chrome.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi pelayar web ini masih tidak diketahui lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.