Cari @ Amanz

Antara ciri yang dinantikan pada Apple Watch ialah mengesan gula dalam darah. Bagi penghidap penyakit kencing manis ciri ini akan dapat memastikan tahap gula dapat dipantau tanpa hujung jari dicucuk setiap hari. Kini menurut laporan Bloomberg, Apple menangguhkan pengenalan ciri ini dan juga pengesanan tekanan darah dari Apple Watch tahun ini kerana ia masih belum mampu memberikan tahap pengesanan yang konsisten.

Pengesanan tekanan darah sudah dibangunkan oleh Apple sejak empat tahun tetapi nampaknya masih belum bersedia untuk ditawarkan pada produk sebenar. Jika ditawarkan kelak ia adalah ciri yang mampu memberikan amaran awal kepada pemakai Apple Watch kepada penyakit darah tinggi.

Pengesanan tahap glukosa dalam darah pula akan memudahkan penyakit kencing manis memantau kesihatan tanpa perlu mencucuk hujung jari setiap hari yang amatlah melecehkan. Kerana kesemua isu ini, Apple dipercayai akan hanya memperkenalkannya di Apple Watch pada tahun 2024 atau selewat-lewatnya 2025.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd