Ciri Pengesanan Glukosa Dan Tekanan Darah Apple Watch Mungkin Hanya Tiba Selepas 2025

Diterbitkan pada Jan 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kami melaporkan ciri pengesanan glukosa dalam darah akan hadir ke Apple Watch tahun ini berdasarkan beberapa ura-ura yang didengari. Apple sudahpun mempatenkan rekaan pengesan glukosa sejak 2018 lagi. Bagi yang mengharapkan ciri ini tiba tahun ini, mereka mungkin akan sedikit kecewa.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, ciri ini mungkin hanya hadir selepas 2025. Tambah beliau lagi ciri pengesanan tekanan darah juga akan mengambil masa sehingga tiga tahun sebelum ditawarkan pada Apple Watch. Ciri pengesanan tekanan darah telah mula ditawarkan pengeluar jam tangan pintar yang lain seperti Samsung Galaxy Watch4. Satu ciri yang diramalkan akan hadir dalam masa terdekat ialah mengesan suhu badan.

Penangguhan ciri mungkin dilakukan kerana apabila sensor seperti ini ditambah pada jam tangan pintar, ia perlu menjalani proses pengesahan dari badan kesihatan setiap negara. Contoh terbaik ialah ciri ECG pada Apple Watch yang diaktifkan di Malaysia pada Mei tahun lalu walaupun selepas diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2018. Adalah lebih baik menyertakan ciri yang mengesan kesihatan tubuh dengan tepat dan bukan sekadar gimik.

Sumber Apple Insider

komen


© Amanz / 2022 Kami