Carian
Spotify Live Kini Boleh Diakses Menerusi Aplikasi Spotify
April 13, 2022 Effi Saharudin

Spotify Greenroom dilancarkan tahun lalu sebagai platform penstriman audio langsung mereka. Bulan Greenroom dijenamakan semula sebagai Spotify Live bagi menunjukkan dengan lebih jelas bahawa ia aplikasi untuk mereka yang ingin melakukan penstriman langsung dengan lebih mudah. Hari ini Spotify Live akhirnya boleh diakses dari dalam aplikasi Spotify sendiri.

Sebelum ini Spotify Live hanya boleh diakses menerusi aplikasi kendirinya sendiri.Pendengar yang ingin berinteraksi dengan penstriman langsung walau bagaimanapun perlu menggunakan aplikasi kendiri yang menyokong chat dan juga panggilan audio. Pada waktu ini ciri penstriman langsung seakan radio diberikan kepada beberapa penghasil kandungan podsiar di Spotify.

Komen