Cari @ Amanz

Terdapat ura-ura mengatakan iPhone akan menyokong ciri panggilan kecemasan menggunakan rangkaian satelit di masa hadapan. Ia sepatutnya diberikan kepada iPhone 13 tetapi ini tidak berlaku tetapi Apple dipercayai masih ingin menawarkannya dalam masa terdekat. Kini muncul pula laporan mengatakan ciri ini akan turut diberikan kepada Apple Watch.

Menurut Bloomberg sokongan rangkaian satelit pada Apple Watch akan membolehkan panggilan SOSO dan teks dilakukan dalam situasi kecemasan. Ciri SOS sedia ada memerlukan sokongan selular bagi menghantar SMS kecemasan serta lokasi tepat menggunakan GPS kepada keluarga terdekat dan badan bantuan kecemasan.

Beberapa insiden individu diselamatkan menggunakan ciri ini telahpun dilaporkan sebelum ini. Sekiranya ura-ura ini menjadi realiti, Apple Watch akan mempunyai satu lagi ciri yang tidak ditawarkan pesaing bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jam tangan pintar dengan pegangan pasaran terbesar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd