Apple Masih Sedang Bangunkan Teknologi Komunikasi Melalui Satelit Pada iPhone

Diterbitkan pada Mac 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ketika sebelum pengenalan iPhone 13 tempoh hari, kita sedia mendengar berkenaan desas-desus mengatakan Apple ingin menambah sokongan teknologi komunikasi melalui satelit pada iPhone.

Terbaru, melalui laporan terbaru 9to5Mac, ia dikatakan Apple masih sedang membangunkan ciri berkenaan. Melalui ujian prototaip baharu, ia membolehkan penghantaran mesej melalui satelit.

Ia tidak diketahui lagi sama ada teknologi berkenaan akan diperkenalkan pada tahun ini atau sebaliknya.

Melalui teknologi tersebut, ia dijangka akan membantu untuk komunikasi kecemasan – terutamanya di kawasan tanpa liputan rangkaian telekomunikasi.

Desas-desus sebelum ini turut mengatakan ia akan membantu Apple dalam beroperasi tanpa kebergantungan kepada syarikat telekomunikasi pada suatu masa kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan teknologi yang sedang dibangunkan oleh Apple ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami