Luno Kini Mempunyai Lebih 10 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Apr 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Luno merupakan salah satu dompet kriptowang popular, memudahkan orang ramai membeli dan menyimpan kriptowang mereka. Terbaru, hari ini Luno berkongsi mengatakan mereka kini mempunyai lebih daripada 10 juta pengguna di seluruh dunia – meliputi 40 negara yang mereka beroperasi.

Luno dikatakan telah menambah 1 juta pelanggan baharu dalam tempoh 6 bulan lepas sahaja.

Di Malaysia sahaja, Luno sebelum ini berkongsi mengatakan mempunyai 600,000 pengguna, dengan nilai simpanan sebanyak RM2 bilion pada Disember 2021 lepas.

Dengan perkembangan arena kriptowang, dan lebih ramai mula melihat ke arahnya – mungkin kita akan melihat angka pengguna Luno terus naik dari hari ke hari.

komen


© Amanz / 2022 Kami