Carian
Lazada Bekerjasama Dengan UiTM – Melancarkan Lazada4Youth
April 13, 2022 Aman

Lazada hari ini mengumumkan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk mempromosikan keusahawanan digital, serta inovasi dikalangan anak muda di Malaysia.

Inisiatif ini dinamakan sebagai Lazada4Youth, yang mana ia akan terdiri daripada beberapa bengkel untuk usahawan digital – termasuk bonus untuk pendaftaran sebagai penjual atau menjadi pemasar digital.

Lazada mengatakan, selepas selesai menyertai bengkel yang disediakan, para pelajar berkenaan boleh mula menjual produk mereka secara atas-talian pada platform Lazada, dan turut menerima insentif seperti sifar komisyen, dan juga kredit iklan percuma sebanyak RM150.

Pihak Lazada dijangka akan menganjurkan program Lazada4Youth ini di kampus-kampus UiTM di seluruh negara secara berperingkat selepas ini.

Selain Lazada, sebelum ini UiTM turut bekerjasama dengan Shopee dalam menganjurkan program lebih kurang sama, dan menyediakan laman UiTM eMall.

Komen