Netflix Disaman Pengguna Rusia Kerana Menghentikan Perkhidmatan

Diterbitkan pada Apr 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerana konflik di Ukraine, Neftlix menghentikan perkhidmatan mereka di Rusia bagi mematuhi sekatan ekonomi yang dikenakan negara-negara Barat. Penarikan perkhidmatan ini menimbulkan kemarahan pengguna di Rusia yang kini memfailkan saman kumpul ke atas platform penstriman tersebut.

Netflix Logo

Saman difailkan sekumpulan pengguna yang merasakan hak mereka telah dilanggar oleh Netflix menerusi keputusan yang diambil oleh sebelah pihak sahaja. Pampasan yang diminta ialah 6 Juta Ruble (~RM 306,437). Netflix masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang difailkan.

Neflix ialah syarikat pertama yang disaman walaupun syarikat lain seperti Apple dan Google turut tidak lagi menawarkan pembelian atau langganan menerusi stor aplikasi mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami