Rekaan OnePlus Ace telah tertiris menerusi Amazon India semalam. Peranti ini mempunyai sistem tri-kamera pada bahagian belakang dengan konfigurasi satu di atas dan dua di bawah. Panel belakang pula mempunyai garisan bertekstur dengan bonggol kamera berbentuk empat segi yang sederhana besar.

Tubuh pula berkotak pada bahagian sisi dengan ia dijangka menggunakan pemproses Dimensity 8100 dan pengecasan pantas 150W. Peranti akan hanya dilancarkan di China pada 21 April dan di India pada 28 April. Seperti biasa masih tiada maklumat sama ada ia akan ditawarkan di Malaysia kerana OnePlus lebih menumpukan kepada pasaran India dan Eropah sahaja pada waktu ini.
