WhatsApp Groups Terima Ciri Baru – Perkongsian Fail 2GB, Reaksi Emoji, Pentadbir Padam Mesej

Diterbitkan pada Apr 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp hari ini memperkenalkan ciri baharu dinamakan WhatsApp Communities, dan bersama-sama dengannya, WhatsApp turut berkongsi beberapa perubahan baru yang akan diperkenalkan pada WhatsApp Groups.

Empat perkara baharu diumumkan oleh WhatsApp untuk WhatsApp Groups.

Yang pertama adalah ciri reaksi, membolehkan pengguna dalam WhatsApp Groups memberikan reaksi berbentuk emoji kepada sesuatu mesej – tanpa perlu membalas dalam bentuk emoji atau sticker untuk sesuatu mesej.

Selain itu, pentadbir kumpulan juga kelak boleh membuang mesej yang tidak diingini daripada sesuatu Groups dengan mudah.

WhatsApp Groups juga kelak akan membolehkan perkongsian fail sehingga bersaiz 2GB – sekaligus memudahkan lagi kolaborasi menggunakan WhatsApp Groups.

Dan akhir sekali, WhatsApp Groups akan menyokong panggilan audio serentak melibatkan sehingga 32 orang pada sesuatu masa.

Ciri ini dijangka akan diperkenalkan pada WhatsApp Groups dalam minggu-minggu akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami