OnePlus telah menjadualkan beberapa acara pelancaran untuk pengenalan peranti baharu. Salah satu daripadanya adalah pelancaran untuk OnePlus 10R yang bakal diadakan di India pada 28 April 2022. Reka bentuknya juga telah disahkan menerusi poster rasmi yang dilihat menyerupai sebuah OnePlus Ace.
Terdapat kemungkinan besar kedua-dua peranti adalah model yang sama dengan nama berbeza untuk beberapa pasaran. Melaluinya, ia menampilkan reka bentuk berkotak dengan sistem tri-kamera di belakang. Susun atur kamera berbentuk segi tiga dengan salah satu sensor yang bersaiz besar.
Sementara itu, salah satu ciri utama pada peranti adalah bateri dengan sistem pengecasan pantas 150W. Menurut OnePlus, pengguna boleh menikmati ketahanan bateri mencapai sehari suntuk dengan 10 minit pengecasan melaluinya. Dengan perkongsian ini kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut mengenai peranti akan dikongsi dalam masa terdekat.
- Sumber : OnePlus India