Elon Musk Mungkin Bekerjasama Dengan Pemegang Saham Twitter Untuk Mengambil Alih Syarikat

Diterbitkan pada Apr 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas membeli 9 peratus daripada pegangan saham Twitter, Elon Musk pada minggu lepas membuat kejutan dengan mengatakan bahawa beliau mahu membelanjakan RM181 bilion untuk membeli keseluruhan pegangan syarikat tersebut.

Kelakuan Elon Musk dilihat aneh, kerana dia pada mulanya dikatakan tidak berminat untuk duduk di dalam badan pengarah syarikat tersebut walaupun dia merupakan pemegang saham tertinggi di syarikat tersebut.

Tetapi dia kemudiannya hadir dengan tawaran untuk membeli keseluruhan pegangan Twitter, yang menyebabkan syarikat tersebut memperkenalkan satu polisi baru yang mengatakan bahawa Elon Musk tidak boleh memiliki lebih daripada 15 peratus pegangan syarikat tersebut.

Walaupun begitu, Elon Musk dikatakan akan bekerjasama dengan rakan beliau yang merupakan seorang lagi pemegang saham Twitter untuk mengambil-alih syarikat tersebut, iaitu Egon Durban yang merupakan CEO-bersama syarikat pelaburan Silver Lake.

Egon Durban tidak tertakluk di bawah perundangan pegangan 15 peratus tersebut, dan Elon Musk dilihat mahu bekerjasama dengan beliau untuk mendapatkan pegangan majoriti ke atas syarikat platform media sosial tersebut.

Elon Musk mengatakan bahawa sejumlah perubahan besar perlu dilakukan untuk menyahkunci potensi sebenar syarikat tersebut, dan mengatakan bahawa dia adalah individu yang terbaik untuk melakukannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami