Teka teki akhirnya terjawab, di mana Siri Vivo T1 bakal tiba di pasaran Malaysia pada 25 April 2022. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh pihak Vivo menerusi perkongsian terkini di Facebook. Acara bakal berlangsung bermula jam 12 tengah hari dan boleh diakses secara dalam talian menerusi beberapa platform berbeza. Ia termasuklah Facebook, YouTube, Tiktok dan Twitter rasmi Vivo Malaysia.

Penggunaan perkataan ‘series’ jelas menunjukkan akan terdapatnya lebih daripada satu model yang bakal ditawarkan kelak. Besar kemungkinan ianya terdiri dengan Vivo T1X dan Vivo T1 5G yang telah diumumkan di China terlebih dahulu. Pada masa sama, Vivo Malaysia turut bekerjasama dengan Razer dan PUBG untuk penawaran pengoptimasian khusus pada peranti. Sekaligus, ia jelas menunjukkan peranti akan menawarkan pengalaman yang dioptimumkan untuk permua.

Seperti biasa, penawaran penuh bakal diketahui selepas peranti dilancarkan kelak. Kami di Amanz turut akan mengemaskini mengenainya untuk perkongsian bersama- termasuklah berkaitan harga jualan rasminya.