Cari @ Amanz

Apolo Global, syarikat yang memiliki Yahoo! dan beberapa aset lain, kini dilaporkan sedang pertimbangkan untuk membida bagi membeli Twitter. Langkah ini hadir selepas Elon Musk melakukan tawaran pengambil-alihan Twitter pada nilai RM181 bilion pada minggu lepas.

Ia dikatakan Apolo sedia melihat untuk melihat integrasi atau kerjasama antara Yahoo! dan Twitter. Apa pun, ia tidak diketahui sama ada pihak Twitter akan bersetuju untuk perkara berkenaan.

Buat masa ini, pihak Twitter masih sedang menilai bidaan dan tawaran oleh Elon Musk, serta belum memberikan kata putus berkaitan dengannya. Langkah ini sekaligus membuatkan pelbagai pihak lain turut berminat dalam membida untuk mendapatkan perkhidmatan sosial berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd