Yahoo Dan AOL Dijual Oleh Verizon

Yahoo Dan AOL Dijual Oleh Verizon

Diterbitkan pada Mei 3, 2021 oleh .

Akhir bulan lalu kedengaran ura-ura Verizon akan menjual sebahagian aset di bawah payung Yahoo dan AOL yang diambil alih mereka hampir lima tahun yang lalu. Hari ini Verizon Media yang terdiri daripada aset-aset Yahoo dan AOL telah dijual kepada firma ekuiti persendirian Apollo Global Management.

Verizon akan memegang hanya 10% pegangan saham pada syarikat baharu yang akan menggunakan nama Yahoo sahaja selepas ini. Antara yang dijual ialah Yahoo Sports, Engadget dan TechCrunch. Nilai jualan adalah $5 bilion yang kelihatan seperti jumlah yang besar tetapi sebenarnya hampir separuh dari jumlah yang dibelanjakan Verizon untuk membeli Yahoo dan AOL.

Empayar media Verizon mula dijual satu persatu selepas syarikat ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan perkhidmatan telekomunikasi. Hufffington Post dan Tumblr dan Yahoo Answers pula ditutup bulan lalu. Nasib yang melanda Yahoo dan AOL adalah mengejutkan kerana pernah suatu ketika kedua-duanya adalah syarikat teknologi yang terbesar dunia.


Paling Popular