Cari @ Amanz

TNG eWallet Menawarkan Pulangan Tunai RM8 Untuk Pembelian RFID

Oleh Aman

Link Copied!

Touch ’n Go sedia mengalakkan orang ramai untuk beralih menggunakan RFID. Terbaru, TNG melalui TNG eWallet telah mula menawarkan pulangan tunai sebanyak RM8 untuk pembelian tag RFID pada harga RM35 menggunakan aplikasi TNG eWallet.

Promosi ini disediakan oleh pihak TNG sehingga 30 Jun 2022 kelak. Melalui tempahan pada platform berkenaan, ia membawa kepada keseluruhan kos termasuk penghantaran adalah RM40, da dengan pulangan selepasnya sebanyak RM8, ia membawa kepada kos pembelian sekitar RM32 untuk para pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah TNG akan melakukan perubahan harga jualan untuk tag RFID ini. Sebelum ini, kerajaan telah meminta pihak TNG untuk mengkaji kos untuk kurangkan harga jualan RFID.


Komen ()