Selain MatePad 10.4 2022, komputer riba Huawei MateBook D15 2022 turut dikemaskini dengan penambahbaikan pada spesifikasi. Ia masih lagi hadir dengan skrin 15.6-inci, dipadankan dengan pilihan Intel Core i5 Gen 11, memori 16GB RAM, storan sehingga 512GB SSD PCIe dan bateri sebesar 42Wh.

Komputer menggunakan Windows 11 hadir dengan sokongan pengecasan USB-C, dan 3 USB-A port bersama bicu audio 3.5mm. Turut hadir ialah pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa dan sokong ekosistem pintar Huawei.

Di Malaysia Huawei MateBook D15 dengan 16GB RAM dan storan 512GB dijual pada harga RM3399 sebuah manakala model dengan 8GB RAM dan storan 512GB pula pada harga RM3099. Bagi yang melakukan pembelian bermula 22 April kelak, mereka akan menerima hadiah dalam bentuk tetikus bluetooth Huawei, Huawei FreeLace dan beg sandang bernilai RM827.