Carian
Netflix Berkata Terdapat Lebih 100 Juta Pengguna Yang Berkongsi Kata Laluan
April 20, 2022 Effi Saharudin

Netflix mencatatkan penurunan pelanggan buat pertama kalinya dalam masa sedekad pagi ini yang mengakibatkan saham syarikat terjejas sehingga 25%. Ini adalah sebab mengapa Netflix akhirnya mempertimbangkan untuk memperkenalkan langganan lebih murah dengan sokongan iklan selepas sebelum ini menafikannya.

Antara sebab mengapa jumlah pelanggan menurun ialah harga langganan yang semakin meningkat, cabaran dari pesaing dan menarik sekali ramai pelanggan berkongsi kata laluan dengan orang lain yang tidak tinggal sebumbung. Menurut Netflix lebih 100 juta akaun dipercayai berkongsi kata laluan dan ini sedikit sebanyak merugikan syarikat.

Ini mungkin antara sebab utama mengapa Netflix menguji ciri menambah profil dengan bayaran langganan tambahan di Amerika Selatan tahun ini. Strategi ini masih tidak diketahui berjaya atau tidak tetapi ia adalah cara Netflix untuk mengurangkan kerugian kerana amalan berkongsi kata laluan yang berleluasa.

Komen