Carian
Jawatankuasa Pengguna EU Mengundi Untuk Menggunakan USB-C Sebagai Port Pengecasan Standard
April 21, 2022 Effi Saharudin

Bagi majoriti peranti elektronik, port pengecasan USB-C telah lama digunakan. Tetapi syarikat seperti Apple masih berkeras menggunakan port Lightning pada iPhone misalnya. Tetapi ketegasan mereka ini akan dicabar selepas jawatankuasa pengguna dan pasaran Kesatuan Eropah (EU) telah mengundi 43-2 untuk menggunakan USB-C sebagai port pengecasan standard di negara-negara ahli.

Ini adalah selari dengan hasrat Kesatuan Eropah yang turut ingin menggunakan USB-C sebagai standard dengan ia akan diundi di peringkat parlimen. Sekiranya menerima undi yang cukup, EU akan memerlukan kesemua peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba, fon kepala, permainan, tablet, tetikus, jam tangan pintar dan TWS menggunakan USB-C bermula 2026.

Penggunaan hanya satu jenis kepala pengecas adalah bagi mengurangkan lambakan sampah elektronik yang kini mencecah 13,000 tan setahun.

Komen