Apple Memperkenalkan Ciri Saringan Mesej Lucah Pada Peranti Pengguna Bawah Umur Di UK

Diterbitkan pada Apr 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu Apple ingin memperkenalkan ciri pengesanan Kandungan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) pada peranti iOS dan iPadOS. Tetapi pengenalannya telah ditangguh kerana timbul isu mengenai privasi data pengguna. Pengenalannya di peringkat global telah ditundi tetapi di United Kingdom Apple akan memperkenalkan ciri Communication Safety yang mengesan kandungan lucah pada mesej yang diterima peranti yang digunakan oleh pengguna bawah umur.

Ciri pengesanan ini perlu diaktifkan sendiri oleh pengguna secara sukarela. Kecerdasan buatan pada peranti akan mengimbas setiap mesej yang diterima pada peranti pengguna bawah umur. Sekiranya gambar lucah dikesan, ia akan dikaburkan dengan amaran imej mungkin tidak sesuai dilihat dengan saranan untuk menghubungi orang dewasa bagi mendapat bantuan seterusnya.

Jika yang menghantar imej juga bawah umur, mereka akan dinasihatkan supaya tidak menghantar imej seperti itu lagi dan mendapatkan nasihat dari orang dewasa. Tidak seperti ciri asal CSAM yang diumumkan sebelum ini, ibu bapa tidak akan diberikan amarah jika anak atau individu bawah umur bawah jagaan mereka menerima imej lucah.

Kesemua pengesanan dilakukan pada peranti tanpa imej perlu dihantar ke Apple untuk pengesanan. Oleh itu Apple tidak akan tahu kerana hanya pemilik dan penghantar akan diberikan notifikasi.

komen


© Amanz / 2022 Kami