Carian
Menteri Berkongsi Mengapa PerantiSiswa Dipinjam Dan Bukan Diberi Terus
April 21, 2022 Aman

Salah satu kritikan yang hadir dibawah pelaksanaan PerantiSiswa adalah dimana tablet yang akan diberikan itu adalah berbentuk pinjaman sahaja, dan bukannya diberikan terus kepada pelajar. Menyentuh mengenainya, kini Menteri Komunikasi & Multimedia berkongsi berkenaan mengapa perkara ini dilaksanakan.

Menurut TS Annuar Musa, program ini dipanggil hak guna pakai bagi sesiapa sahaja yang selagi mana berada di universiti atau politeknik, sehingga habis belajar.

Malah dengan melaksanakan program ini, apabila hilang atau peranti berkenaan rosak – seseorang pelajar itu boleh mendapatkan ganti untuknya. Ia berbeza dengan pemberian terus – dimana jikalau hilang atau rosak, ia perlu ditanggung oleh pelajar berkenaan.

Disamping itu, ini juga akan mengelakkan salah guna, ataupun seseorang menjual tablet yang diterima.

Program PerantiSiswa telah membuka pendaftaran buat masa ini, dan dijangka mengedarkan tablet generasi pertama mereka menjelang Jun 2022 kelak.

Komen